ISLAM
Aurat : Apa Sudah ditutup ?
BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari
ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya
langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki
sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya
terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW
kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian
tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah
SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan
jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan
mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)
Jilbab, Yaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung
untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof
Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar
rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher
dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang
suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada
orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua
bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan.
Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita
yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang
suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah
(alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh
orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah
ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya
kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana
sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh
lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian
nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan
dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas
menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh
Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam
dari diganggu dan disakiti.
BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang
kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak,
kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi
penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang
selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda
?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?"
Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat
tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai
contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti
berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup
wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan
kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru
seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap
tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada
pakaian dan umur wanita maupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan
hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta
kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd,
laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pula ayat tadi
kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka
dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya
ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar
wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah
dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti
secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu
nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum
sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang
mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah
menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"
PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID
Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk
menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan
Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan.
Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu
trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan
bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata
:
"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz
ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di
belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga
sikit"
Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya?
Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek berbagai
mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya
tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal
mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina
disekitar kawasan segitiga emas itu.
Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam
perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih
terangsang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang
teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah
yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu
ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya
sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
??? ????? ?? ??????? ?? ?????? ??????? ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan
keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah
pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
?? ???? ???? ???? ??? ??? ?????? ?? ??????
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang
lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat
Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
ANTARA LAWAK & HUKUM
Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan
sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan
disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?".
Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap
mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata:
Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara
tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi
melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada
Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama
sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW
bersabda :-
?? ????? ?????? ??????? ?? ????? ???? ???? ??? ??? ?????
???? ??? ??? ?????? ???????
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap
sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya,
maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara
timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no
2988)
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke
pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari,
laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari
ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari
ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan
pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya
terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit
dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan
jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di
pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah,
pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke
belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KEDELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang
amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah
tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari
firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke
dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA
YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat
dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama'
(bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak
tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung
dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang
boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh
orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan
perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk
mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan
potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan
sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang
perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk
dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang
terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa
terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia
berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat
seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin
wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka
dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien
seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan
lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan
demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah
dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai
ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan
make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang
untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua
termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai
kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di
luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya
adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus
bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu
sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan
di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai
paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan
aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan
secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada
perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau
menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan
telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai),
perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki).
Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh
melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam
mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak
kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian
tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha,
dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah
saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang
mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk
unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium
bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan
demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu
melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak
berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena
pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti
kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.
( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr
Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang
mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta
tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa
yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan
rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah
pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma'
binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga
tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila
sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan
ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat
Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat
dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan
ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal
kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan
syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil
Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil
menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
???? ???? ??????????
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai
seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu
Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada
seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan
Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka
para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond
Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn
Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa
melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik
kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat
tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.
Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi
nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian
canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah
mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang
rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang
mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah
perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh
harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa
isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori
hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat
diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia
boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah,
bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya
hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka
aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari
firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada
keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu
auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki
dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian
yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada
sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru
barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan
tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi
menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini
bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila
Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar
dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat
juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : «
Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan
hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita
dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari
ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para
tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan
restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat
individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya
mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar.
Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang
profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut
kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas
hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah
umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard'
pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan
logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan
mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya :
Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya"
(Al-Mulk : 2)
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga
mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang
sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta
mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini,
berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak
mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak
terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya
lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa
luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"
(Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat
orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya
digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang
bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss
masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak
cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main
‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu
?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan
melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan
mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.
Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada
seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila
buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat
Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati
seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya,
bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam,
ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan
dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat
pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah
samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk
sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases'
iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is
reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan
hadith :
???? ??? ??? , ????? ??????? ???? , ????? ????? ?? ???? ????
????? ?? ??? , ????? ???? ?? ???? , ??? ???? ?? ?? ?? ???? ????? ??? ????? ,
????? ???? ?? ???? ?? ?????
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa
membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami
lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan
hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi
hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang
benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal
menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ;
Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam
Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan.
Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran
hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh
Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan
auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia
memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi
kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya.
Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di
satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
?? ?? ?? ??????? ??? ???? ????? ????? ???? ?? ??? ??? ?? ???
?? ???? ?????
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka
ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun
dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu
mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya
mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi
setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ?
setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih.
Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang
berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu
benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya
maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?